Theme: Motivational Quote Design Contest (You dont have to be great to start, you have to start to be great)
2021-12-22 - 2021-12-26
Terma & Syarat Peraduan Rekaan “Serlahkan Bakat Anda”
Peraduan akan bermula pada 26 September 2024 sehingga 10 Oktober 2024 "12 tengah hari", waktu Malaysia. Sebarang penyertaan yang diterima selepas waktu itu tidak akan dikira.
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar MAKSIMUM 3 hasil karya sahaja. Public Gold akan memilih 3 hasil karya pertama bagi setiap peserta untuk layak ke sesi pengundian.
Sesi pengundian akan bermula selepas penghantaran ditutup. Pengundian akan dibuat di Facebook.
5 rekaan dengan undian tertinggi akan layak ke pusingan akhir di mana pihak pengurusan Public Gold akan menilai dan memilih pemenang untuk pertandingan rekaan ini.
Secara keseluruhan, akan ada 5 pemenang peraduan rekaan yang boleh dimenangi.
Juara peraduan bakal memenangi hadiah utama iaitu Public Gold Bullion Bar 1g (Au 999.9) (Gold Bar Rekaan Sendiri).
4 pemenang saguhati bakal menerima kredit RM100 dalam PGMall C-Wallet.
Pemenang utama dan 4 pemenang saguhati akan diumumkan di halaman rasmi media sosial Public Gold.
Kesemua 5 rekaan terbaik perlu menyerahkan hasil karya mereka kepada Public Gold. Secara automatik, semua rekaan yang dihantar akan menjadi hak milik Public Gold.
Public Gold berhak: i. memegang hak mutlak pada bila-bila masa untuk mengubah, menangguhkan, membuat jadual semula, atau melanjutkan atau menamatkan peraduan, dan / atau tempoh peraduan mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu. ii. tidak bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, tidak lengkap, tidak dapat dihantar atau dimasukkan atas sebarang alasan teknikal atau lain-lain. Sebarang penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan. iii. untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang disyaki melakukan penipuan, pemalsuan, rasuah, ataupun menipu. iv. untuk membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang tidak layak atau tidak dapat memberikan bukti kelayakan untuk menyertai peraduan ini.
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat dan peraturan serta keputusan Public Gold.